<< September 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Sep 7, 2007
cinta

Cinta menurut kacamata Islam

Secara terperinci, cinta menurut kaca mata Islam terbahagi kepada tiga tahap :

1.Cinta Agung
Cinta KEPADA ALLAH, RASUL DAN ISLAM serta berjihad membuktikannya.

2.Cinta pertengahan
Cintakan sesama manusia - ibu bapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai.

3.Cinta bawahan
Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada ALLAH, RASUL DAN ISLAM.

Berpandukan ini, saya kira tiada salahnya bercinta apalagi jika bercinta itu menambah keimanan kita terhadap Allah. Tidak usah lihat negatifnya sahaja sebab setiap sesuatu itu asalnya baik tetapi akan menjadi buruk kalau dilihat dari perspektif yang buruk serta dipraktikkan secara buruk.

Ditanya tentang cinta kepada Syaikh Atiyyah Saqr, beliau menjawab, "kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi yang kotor, ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak serta diiringi dengan cinta yang diredhai Allah"

Seterusnya, saya ingin mengatakan, cinta boleh dipupuk sebelum satu-satu perkahwinan asalkan dalam suluhan agama. Bahkan cintalah asas pembentukan sesebuah rumahtangga yang harmoni,penuh persefahaman,berkasih sayang dan sebagainya.Bayangkan sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar paksaan,bagaimanakah perlakuan orang yang menghuninya? Tentulah penuh dengan prasangaka,porak peranda serta pertelingkahan. Berbanding dengan rumahtangga yang dibina atas dasar persefahaman,kecintaan dan kasih sayang,sudah tentu membuahkan pahala untuk dinikmati bersama di akhirat kelak.

Cinta yang ditentang oleh Islam ialah yang dicemari dengan maksiat serta berteraskan nafsu, sebaliknya mereka yang memupuk cinta dengan berpegang pada ajaran agama tidaklah menjadi kesalahan.

Untuk mengetahui pandangan-pandangan Islam seterusnya dalam soal ini,silalah rujuk kitab'Islam wal Hubb'(Islam dan cinta) oleh Sheikh Prof Abdullah Nasih Ulwan,'Islam wa Musykilatul Hayah'(Islam dan Permasalahan Hidup) oleh Sheikh Atiyyah Saqr dan 'Raudhah al Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin'(Taman Orang-orang bercinta dan kerinduan)oleh Ibn Qayyim al-Jauziah.


Posted at 06:44 pm by Nuranwar

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry